Pages

Friday, January 3, 2014

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Assalamualaikum....



DENGAN RASA DUKACITA DIMAKLUMKAN MULAI 2014 TIADA LAGI JUALAN BUAH STRAWBERRY SEGAR DAN JUGA PRODUK STRAWBERRY YANG LAIN. 

INI KERANA KAMI MEMPUNYAI SEDIKIT MASALAH DENGAN PEMBEKAL..

HARAP MAKLUM..




Tuesday, December 31, 2013

Susu kambing pelbagai perisa dari halapro

Assalamualaikum...
Agak lama lia tak update blog ni..tapi alhamdulillah masih ada yang sudi jenguk blog lia n order barang dari lia. Lia actually tengah sarat mengandungkan anak yang ketiga inshaaAllah bulan feb 2014 nanti lahirlah baby baru...tak sabar!tak sabar! ^_^..
Ok sempena nak tahun menyambut tahun baru 2014 lia nak ucapkan selamat menyambut tahun baru..yang lepas dijadikan kenangan..yang akan datang harungi dengan keimanan..semoga kita berubah menjadi yang baik dan lebih baik inshaaAllah. ..
Ok..lia actually nak kenalkan satu lagi produk baru yang lia memang dah test and istiqomah kasi pada anak2 lia minum..
Lia nak kenalkan susu kambing yang ada perisa pulak kali ni. Dari halalpro.
Memang sedap ada pelbagai variasi.sesuai untuk seisi keluarga. Dari umur 2 tahun sampaila yang berumur..tapi lia dah kasi anak lia yang umur 1 tahun setengah minum ok takde masalah..untuk ibu mengandung, berpantang..sangatlah sesuai...

Susu ini ada 6 perisa semuanya:

Susu Kambing Asli

Susu Kambing Perisa Coklat

Susu Kambing Perisa Vanilla

Susu Kambing Perisa Strawberry

Susu Kambing perisa Honeydew ( Tembikai susu)

dan juga PERISA MANGO ( tiada dalam gambar)

Berat : 600 gram
Harga : rm 39 semenanjung/ rm 45 sabah dan sarawak

Contact lia: sms@ whatsapp 0132111668/0193883258

* gambar adalah dari google


Thursday, May 2, 2013

Kurma Ajwa aka Kurma Nabi


Assalamualaikum..

Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Sangat bagus untuk ibu mengandung, berpantang, dan Menyusukan anak.



Berminat untuk mendapatkan Kurma Ajwa/ Kurma Nabi boleh dapatkan dari Lia.

HANYA 

RM 80 /500 GRAM
RM 140/ 1 KG

HUBUNGI LIA SEGERA!!
call/sms/whatsapp : 0132111668/0193883258 

Monday, April 15, 2013

Koleksi Pelembut...Softener Collection

Assalamualaikum...

Kali ni lia nak kenalkan Barisan Pelembut baju yang lia ada setakat ini..Pelembut ini ala ala SOFTLAN..


WHITE FRESH, PURLPLE LAVENDER, PINK FLORAL

Semuanya dalam berat 10 Kg..

Harga untuk WALK IN & SELF PICK UP di Lokasi Lia di Seri Kembangan

White fresh : RM 30
Purple Lavender : RM 35
Pink Floral : RM 30

Hubungi lia di 0132111668/0193883258
Ataupun agen agen kami yang berhampiran dengan kawasan anda..


1. SENTUL/GOMBAK :Cik Hernani binti Mohd Nor (0122914849)

2. BANDAR BUKIT PUCHONG :Puan Kamaliza (0172984559)

3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz (0134519599)

4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (0192191582)

5. KAWASAN KAJANG : Puan Zura Mukti ( 0122542062 )


Saturday, April 6, 2013

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum..

agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan??

Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo :

1.  Biru Regular : Fresh 
* ini macam sabun dynamo biru

2. Pink Downy : Downy Fragrant
* Ini macam sabun Dynamo Downy


Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!!

Harga tak mahal pun..

Eco Clean Biru : RM 30
Eco Clean Downy Pink : RM 35

Contact lia untuk dapatkannya..
0132111668/0193883258

atau boleh contact agen lia untuk kawasan :


1. SENTUL/GOMBAK :Cik Hernani binti Mohd Nor (0122914849)

2. BANDAR BUKIT PUCHONG :Puan Kamaliza (0172984559)

3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz (0134519599)

4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (0192191582)

5. KAWASAN KAJANG : Puan Zura Mukti ( 0122542062 )




Friday, March 22, 2013

Susu Kambing..Perbandingan komposisi susu

Assalamualaikum..



Susu kambing adalah minuman para Anbiya. Komposisinya juga hampir menyerupai komposisi susu ibu berbanding susu lembu.
Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus,lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.



Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.




Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:



 1.Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) penyebab utama alahan

 2.Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

 3.Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.

4.Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.

5.Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

6.Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
•Protein 2.1 kali ganda ,
•Kalsium 2.2 kali ganda ,
•Zat Besi 2.0 kali ganda ,
•Potasium 2.1 kali ganda
•Vitamin A 3.8 kali ganda ,
•Garam Galian 2.0 kali ganda,
•Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu


Susu Tepung Susu Kambing Al- Iraqi
RM 45 / 520 gram

Hubungi Lia
0132111668/0193883258

PENGEDAR DIPERLUKAN!!

Thursday, March 21, 2013

Kebaikan susu Kambing..Tahukah Anda?




Sabda Rasullah s.a.w, " Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "


Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.
Jika kita lihat, susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.
Bagi penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk bersembahyang malam. 
Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.
Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.
Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu.  Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.
Bagi orang dewasa, manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan segera.
Menurut "Kitabul-alttaimah" menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, telah disebut secara jelas bahawa minuman yang paling disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing dan menjadi sunnah bagi kita yang mencintai Rasullah s.a.w menjadikan amalan meminum susu kambing sebagai minuman harian kita yang sihat lagi berpahala (kerana mengikut sunnah).
Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
Dalam al-quran ada disebut "Dif'un Mamanafiq" yang bermaksud memanaskan. Sebab itulah molekul-molekul susu kambing ini tidak akan hilang walaupun kita menyejukkannya kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Apabila kalorinya tinggi, ia dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada badan serta memanaskan darah. Sebab itulah Nabi s.a.w sangat suka meminum susu kambing kerana Baginda tahu akan kelebihannya.
Disamping itu, susu kambing juga membekalkan kekuatan tenaga batin kepada kaum lelaki dan kaum perempuan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang belum mempunyai anak atau bagi mereka yang berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan anak. InsyaAllah dengan mengamalkan amalan meminum susu kambing, kita akan peroleh kesejahteraan, selain melahirkan zuriat-zuriat yang baik , cerdik dan pintar.
Jika sesuatu itu merupakan sunnah Nabi, pasti ada hikmat disebaliknya, seperti digambarkan bahawa, Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu nya tetapi baginda sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan kepada wahyu allah semata-mata.
Itulah keindahan Islam. Cuma sekadar susu kambing yang biasa namun mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya, itulah kuasa Allah s.w.t, Yang Maha menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan tidak pernah terlintas di akal fikiran. Wallahualam.
Tengok kambing ni senyummmm je dia..